Amik kat hangpa tajuk super duper panjang nak menunjukkan aku memang nak updet blog ni sebab sayang kat hangpa ...meskipun citer aku dah basi tapi aku tau hangpa mesti nak baca nya. ha ha perasan tak hengat.
.Ok aritu kan raya...aku raya kat SP...lepas konfem esok raya 'Esok hari raya! esok hari raya!' ceh..nyanyi lak sket. Malam tu pas salam-salam mintak ampun mintak mahap dengan mak ayah aku adik beradik aku, tok aku (sedih nya masa peluk tok aku sebab tahun ni 1st time raya takdak tokwan membuatkan aku sungguh emosional...) aku peluk tok, aku cakap 'tok jangan sedih2 no raya ni, orang pun selalu dok teringat tokwan, selalu sedekah yassin kat tokwan...' aku tengok tok aku pun macam nak nangis bila aku kata lagu tu, aku cepat-cepat chow pi amik handphone buh dalam beg sebab aku tak nak depa nampak aku pun sok sek sok sek...no..hari raya kan tanda kemenangan dan kebahagiaan...kita mesti meraikannya dalam kesyukuran,kan? *tapi aku nangis gak huwaaaaaa*
.
. saja amik gambaq ni buat bukti. memang esok nya raya!
.bertolak kui 8 maka nya kena la sama2 berkonvoi dengan kenderaan lain kan? tapi mujuq je la Q tak la panjang sangat kat tol juru. Seperti tahun lepas, tiap kali kuaq masuk tol kami sedekah duit raya kat toll gate girls and boys nih. Depa tu berkorban untuk keselesaan pengguna. Kalo tak dak depa nih...sapa nak jaga tol booth tu weii....kasi la penghargaan sket kan. walaupun jumlah yang kami bagi tu tak la besaq tapi depa senyum dan cakap terima kasih tu dah cukup menunjukkan depa rasa dihargai. Kan kak Nonie kan? tabik spring kat petugas2 PLUS ni...
.
.Sampai ja SP, luqman yang kunun2 tidoq sepanjang perjalanan tu dan-dan celik mata sebab nak tuntut janji dengan makcik dia nak main bunga api dan mercun pop pop. hehe mak dia pun join sekali. Lepas abis main kami pi keluaq pekan SP. Tu dia....berjutaaa jutaaa orang dok ada. Nak tengok bukti pi kat blog kak Pnut sebab dia pun kuaq pekan gak tapi tang jam besaq, aku kuaq tang Rope Walk. Tiba-tiba ada rope walk kat SP kan? .
.Chop! selit lak gambaq raya kat umah mak aku. Ni adik aku yang memotoscapekan nya. aku cuma upload kan. Macam biasa..mak ayah aku tetap tema hijau. Langsir, sarung kusyen smua recycle. Aku pun recycle gak baju raya. Cuma Luqman saja ada baju baru. Sebagai ganjaran kat dia jugak..posa penuh weh...Alhamdulillah....Dan gambaq anak-anak dara Hj Mail ni sebagai hiasan dan penyedap entry sahaja. kekeke. Ok la kasi kredit sket. Yang pakai spek tu adik aku yang membuatkan 2 jenis kuih raya dan sejenis kek tak berapa nak menjadi. Yang tengah tu dia cuti tak berapa panjang dan cuma membuat final touch je iaitu menyusun balang kuih raya. Yang ujung tu babysitter supaya kanak-kanak tidak memasuki War Zone iaitu kawasan membuat kuih raya. Aku pulak? sebagai pengkritik tetap dah masuk musim ke 6. haha.
.
.Ni la situasi kejadian hari raya pertama. Sedih sebab kawan baik tak balik-balik lagi makanya aku tak dapat pi semayang raya. Huhu.
.
Dari SP kami melangkah panjang beraya dan yang best nya tahun ni pi raya umah kak Pnut meskipun pada awalnya seperti perancangan macam tak sure jadik disebabkan perkhidmatan selkom yang hancuss sehingga perbualan telepon dengan kak Pnut seolah2 kami berada di planet berlainan. Sungguh tak friendly selkom pada hari itu. Alhamdulillah, ada gak rejeki nak menketedarah mee kari kak Pnut yang sedap tahap mee kari ban pecah yang disukai ramai tu. :D .
interframe gambo Luqman dan Ilman. dah beso kan..?
Lepas abis tawaf kawasan sungai layar tanpa kapal layar tu, kami semua pi balik kkampung kat kota sarang semut dan pendang beraya umah saudara mara kat sana....pukul 12 ke 1 pagi ntah baru sampai ke SP semula. Tu dia aih...memang raya sakan..Sok paginya mak mertua ku the Martha Stewart of Sg Layar telah membuat lontong yang sedap untuk santapan tetamu. Petang tu kami pulang semula ke tanjung piandang.
.19 tahun berlalu.... (ikut style Nabil dalam Pikir La Sendiri versi Raya)
.
.
Kejadian ni selepas pulang semula ke tanjung piandang. gambarajah di atas ialah anak-anak akak ku, Ammar dan Aisya yang ingin memulakan marathon kutip duit raya di rumah sedara mara depa kat mana ntah..pantai remis kot? Manakala gambarajah di bawah ialah tetamu yang istimewa yang mai raya umah aku. Anda kenal siapa dia? Anda tahu di mana dia tinggal? Anda pasti? ooooo ramai dah kenai dah dia ni rupanya...ye la...sapa lagi...cikgu Aminbakish lah...dia citer dah asal-usul camne kitorang kenal kat blog nya. dan di sini aku mengambil kesempatan nak ucap terima kasih pada beliau kerana sudi mewarnakan kaler luna di hari raya. kekeke. aku ni kene sampuk ke apa hah?asyik nak wat lawak pak pandir je. Ya, dengan kehadiran beliau, ke umah ku, memang ni antara raya yang best dalam idup aku..
adakah kami mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu comel dan disukai ramai? *sambil kelip kelip mata*
.So gitulah serba ringkasnya tentang raya aku. Pasni takde dah citer raya tau. lagu raya pun aku takmo dengaq aku alergik! pasai aku nak wat reja jadi tak kusyuk. kekeke. Akhir kata, semoga ibadat puasa kita yang lalu diterima Allah dan syukuri lah nikmat yang diberi olehNya yang menjadikan kita bahagia di hari raya.....daaaaaaaa~